19 December, 2008

當有人問我


當有人問我

請問我要如何愛你的時候

有時候答案竟然可以是

愛我就請你放我走

因為當你放手

我們將會成為一生的真情摯友

我們將會相愛到永遠

我們將會是對方心靈的避風港

16 December, 2008

一个人的旅程/ ceritaNya


生活节奏太快,很久没到外头走走。趁着假期,抓了相机,背了包包,买了车票便一个人上路去走走。
一路上,公车停停走走,有人上车也有人下车。公车上看到了各种各样的人。
在某一站,公车停了下来。有一位妇女牵着一位四十多岁的青年人上车。
青年人戴了一幅黑眼镜,手握着一枝拐杖。
下两站,那妇女带着胖胖的身子下车了,可是那青年人没下车。这下我明白了。刚才,那妇女是帮那青年人上车。
在过两站,那青年人下车了。下了车,便向前走。那青年人差一点就撞到一个在那儿玩乐的小孩。这时,一个年轻人拉了那青年人一把,然后扶他走向出口。看了这一幕,我心底浮现一个问题:如果是我,我会像那两位一样做吗?

生活有太多的物质享受,内心却是空虚的。
外表被装潢得越亮丽,内心却是寂寞的。
想到这一点,鼻子一酸,眼泪又在眼眶里打滚了。。。 。。。


Hidup di kota ini bagaikan semua orang tengah berlumba lari.
Tak sempat berhenti untuk menghayati permandangan yang terhias di kota ini,
cerita yang hendak diberitahu oleh Nya.
Seperti biasa saya masuk dalam LRT dalam perjalanan masuk ke kota.
LRT gerak dan henti untuk mengambil dan menurunkan penumpang...
Di satu stesen, seorang pakcik dalam 40-an masuk ke dalam LRT dengan bantuan seorang makcik.
Selepas dua stesen, kereta api berhenti dan makcik itu pun turun tanpa pakcik bercermin mata hitam dan bertongkat tersebut. Beberapa stesen yang seterusnya, pakcik itu baru turun dan ketika turun pakcik tersebut hampir berlanggar dengan seorang kanak-kanak yang bermain di situ. Seorang pemuda menarik pakcik tersebut dan membimbing pakcik keluar dari stesen itu... ...

Dalam hati saya: jika saya berada di posisi makcik dan pemuda itu, adakah saya akan buat apa yang mereka lakukan?

Hidup ini penuh dengan pelbagai kenikmatan, adakah hati ini penuh dengan kesyukuran?
Luaran telah dihias cantik, adakah dalam juga akan cantik seperti luaran?
Memandang keluar, cuba menahan air mata...

14 December, 2008

Hadiah untuk...


Setelah setahun penat melalui pelbagai dugaan dan cabaran,
sudah tiba masa untuk memberi sedikit ganjaran kepada diri sendiri.
Apa yang telah dilalui dan berlaku dijadikan pengajaran dan lebih bersedia untuk menyambut tahun baru yang bakal tiba. Banyak lagi dugaan dan cabaran menunggu di hadapan. Banyak lagi simpang empat yang perlu dilalui di hadapan. Masa hadapan yang perlu dicorak dan dibentuk supaya hari esok lebih cerah.
Semoga semua juga telah bersedia mengharungi tahun baru yang bakal tiba ini.
Cheers!

Fighting Fish




寂寞公路/Lonely journey



南上北下,
孤独一人,
雨一直下,
没有你的温暖,
没有你的陪伴,
南上北下的寂寞旅程.

02 December, 2008

Red Carpet... ...




At last, mission completed !
An achievement to celebrate for ... ...

27 November, 2008

MAMA MIA !






The highly acclaimed and successful stage musical based on the songs of the legendary ABBA.
Tak sabar nak melihat sendiri pementasan MAMA MIA ! 30 Disember 2008, 8.30pm, Istana Budaya.
Here I come ! Selepas menonton versi filem dalam pawagam, kini dipentaskan pulak dalam bentuk musikal.
Tiba masa untuk memanjakan diri... hahaha... Ini merupakan musikal kedua yang saya tonton, selepas P.Ramlee The Musikal. Suasana dan pertunjukan memang best! Musikal seterusnya yang bakal saya tonton ialah Puteri Gunung Ledang, The Musical ! Dancing Queen... ... only seventeen... ...Ops !

03 November, 2008

一切都在光明来临以前。。。



别保持沉漠,这会让我担心,
我希望可以帮你背上这个包袱,
我们的向遇也许是一个错误,
你说:很难对我们所爱的事物放手。。。(我默默的同意。。。)
每一次在你怀里哭后,也许我会更坚强,
我珍惜我们在一起的日子,那些笑与泪。。。
希望这封邮件能让你好过一些。。。

当黑暗笼罩着我时,
迷失我的方向时,
我愿你会带我走出这黑暗。。。

我尊重你的决定,
祈祷光明会出现。。。

缘起缘灭,
相距一定会分离。。。

希望你不会孤单,
我相信,他会与你同在。。。
让我们一起努力寻找光明。

我祈求他的原谅。。。
教会我很多的友谊。。。
为我们的友谊喝彩!
让我更坚强的走下去。。。

别保持沉漠,这会让我担心,
我珍惜我们的一却。。。
我希望你知道我愿意聆听你的叙述,
一切都在光明来临以前。。。

14 October, 2008

... ...





















Please! Please! Please!
Please walk off my life!
Let me fly away...
Leave on this to yesterday...
Sometime silent is the best answer...
Time is the best medicine...

Please! Please! Please!
Please take off the silly mask!
Show me your true colour...
Leave on this to yesterday…
Sometime tear is the best answer…
Sincere is the best medicine…

Please! Please! Please!
Please erase all my memories!
Hide away your smile…
Leave on this to yesterday…
Leave on this to yesterday…

ps: Thanks for everythings that help me to become stronger.

13 October, 2008

Diari seorang lelaki (18sx)















http://www.flickr.com/photos/nsukhia/207824266/

Pagi ini, ketika saya tengah mencuci tandas,
“pindah ke rumah ini dah dua tahu ( saya suka fikirkan perkara ini ketika melakukan rutin membuang bXXXr atau ketika mandi) , apa benda yang telah berubah?”
Tandas ini telah menampung berapa banyak bahan buangan? Ada ke penghuni yang menghuni dalam lubang tandas yang hitam dan gelap ini ( saya selalu berimaginasi ada tangan keluar dari lubang tandas dan ... , takutnye!), alangkah bagusnye kalau CCTV dipasang dalam tandas yang kecil ini... saya tergelak dan tak sanggup terus berimaginasi... Leo (ikan peliharaan) memandang saya dengan pelik.
Setelah siap cuci tandas, saya bergerak ke ruang tamu, melihat keadaaan keliling rumah , tak banyak ubah... sofa yang sama ( menjadi tempat berehat dan bergosip), TV yang sama ( telah memainkan pelbagai filem XXX ), aquarium yang sama ( pernah didiami pelbagai jenis ikan), katil yang sama (menjadi saksi kepada mimpi saya), almari yang sama ( didiami baju2 lama dan baru), dinding yang tidak pernah dicat semula, dapur pun tidak pernah diubahsuai...
Segalanye seperti baru berlaku, seperti baru pindah...seakan-akan dapat melihat gelagat kawan yang menolong membersihkan rumah dan memasukkan perabot ke rumah ini...
10 tahun, 20 tahun akan datang...saya masih tinggal di sini? Masih keseorangan? Leo atau saya akan mati di sini? Dunia ini penuh dengan kemungkinan yang tidak dapat diketahui...
“awak hanya mempunyai sebuah rumah, bukan tempat untuk berpaut...” kata seorang kawan.
Betul...tapi ini satu-satunye tempat berpaut untuk saya dan haiwan peliharaan saya...
Tanpa awak, rumah ini bertambah lengang (perasaan sunyi yang menular tiba2 ), sekiranye awak datang... itu pun untuk seketika sahaja. Awak boleh temankan saya makan bubur ayam? awak boleh teman saya cuci pingan mangkuk? Teman saya menghabiskan sebuah filem di sofa ini? Bolehkah kita hidup bersama tanpa mempedulikan pandangan masyarakat? Awak boleh... ... saya sebagai teman awak?
Enam tahun, hubungan yang seakan wujud dan tidak, terumbang – ambing.
Awak kata tekanan kerja menyebabkan awak tidak romantis... awak kata mencintai seseorang tak perlu bersama selalu... awak kata i will be there for you... ... awak kata saya tidak memahami awak... ...
Sebab pindah ke rumah ini kerana lebih dekat dengan pejabat saya, di samping itu boleh lebih mendekati awak... ... tapi saya tidak dapat merasai kemesraan itu... ... malah rasa semakin berjauhan dengan awak. Awak mempunyai kunci pendua, ini juga rumah awak, awak boleh datang bila-bila sahaja... ... tak perlu minta kebenaran... ...malah awak boleh pindah tinggal bersama saya.
Tetapi awak seakan menunjuk muka dua bulan sekali. Lebih teruk dari period perempuan. Ish... ...
Adakah kita masih dianggap pasangan? Saya sahaja ke yang masih bimbang tentang kita... ...kenapa saya masih rasa diri saya masih single and available?
Soalan yang tidak terjawap selama ini... ...
Ah….aku terlalu banyak berfikir... …

* translation from a chinese blog.

03 September, 2008

09 August, 2008

kurang asam...garam...cuka...


















sebab rumah tak ada internet...so terpaksa memandu kereta jauh ke internet cafe setakat nak hantar satu email...memang susah...harga pasaran untuk penggunaan internet di kawasan umah saya adalah RM2.00 sejam...lebih kurang macam tu la...
ni cerita dia... satu malam tu nak hantar satu email kat adik saya yang meminta tolong buatkan asignment skit (ops...)so saya drive la kreta pergi ke internet cafe yang selalu jugak saya pergi tu... sampai2 jek kat internet cafe tu...ramai gak orang dalam tu...budak2 yang main game yang ramai...so saya telah diberi pc no1. terus saya buka yahoo nak hantar email la...baru jek masukkan pen drive...tunggu punya la tunggu...rupanye pc tu tak boleh pakai untuk pen drive... so saya pun mintak tukar pc...orang yang jaga cyber cafe tu bagitau yang semua pc full...so saya pun cakap tak nak pakai lagik...korang tau tak...orang tu mintak saya bayar RM 1!
RM 1 untuk 5 minit tak sampai ! terus saya dengan benggang campak RM 1 kat orang tu ...blah... sorry to say... saya tak akan jejak kaki ke cyber cafe tu lagik...arggggg !...nak pasang internet kat umah !

23 July, 2008

awecek...


















22 JULAI 2008.

hari ini saya kerja 1/2 hari...sebab petang dah ada appointment.
lepas makan tengahari terus drive ke cheras untuk first appointment...
bersyukur kerana berjaya sampai ket depan pintu tempat appointment ngan berpandukan sehelai flyer yang telah disimpan lama...lepas perbincangan selama 2 jam, saya pun angkat kaki untuk appointment ke-2...
bersyukur kerana jalan menuju destinasi tidak sesak walaupun telah pkul 4 petang...dijangka akan sampai dalam masa 1 jam...

***********************************************************************

jam menunjukkan 6 petang, saya masih memandu dan mula risau sebab tak tau saya kini ada kat mana...
nak cari station minyak untuk bertanya jalan...tapi sepanjang jalan tak ada station minyak atau rumah kedai untuk saya henti dan tanya jalan...hari dah semakin gelap...masih memandu di lebuhraya yang tak pasti arahnye ke mana... entah dah berapa toll telah lalu dan setiap toll yang lalu manjadi tempat tanya jalan tetapi tak berjaya membawa saya keluar dari lebuhraya... terus memandu... nak mintak tolong kawan... masa ni la handphone aku mati sbab tak ada bateri... terpaksa terus memandu... hari dah gelap dan hujan mula turun... tanda jalan ke arah seremban tak jugak wujud2... yang ada hanya tanda ke genting highland, kuantan, ipoh... jam tangan dah menunjukkan jam pkul 8 malam, lapar dan haus... masih memandu...

***********************************************************************

depan kelihatan kereta berlampu biru... lampu kreta ditinggikan untuk menarik perhatian kereta berlampu biru tu... kereta berlampu biru tu berhenti dan kreta saya melepasi kreta lampu biru tu... pkul 9 malam... masih hujan... pipi saya basah bukan kerana hujan tapi kerana tanda jalan ke arah seremban telah dijumpai...

***********************************************************************

cukup penat, lapar dan haus... terus memandu... memandu selama 5 jam... jumlah toll RM 30, minyak yang telah diisi RM 50... appointment ke-2 dibatalkan... pkul 9.45 malam... berada di hadapan umah... perasaan yang tidak dapat dikatakan...

***********************************************************************

handphone yang tak berbateri dicaj... mandi dan mula memulakan kerja sambil minum milo dan makan roti...
ada message...
''Guys sori that i cant commit 100% to pes this year. exclude me frm the pes group...''
what the f##k... enough for today !
i cant stand any more... ...

21 July, 2008

Sampan kecil...

kepada yang mengaturkan,

saya seorang pemuda berumur 24 tahun...
macam mana ni? 2008 dah setengah tahun berlalu...
banyak perancangan tidak berlaku seperti dirancang...
dah sebulan lebih tak balik rumah kat kampung...
tak menjenguk mak dan bapa yang semakin meningkat usia...
ada saja aktiviti yang menunggu setiap hujung minggu...
kerja tak jugak siap2 walaupun setiap hari kerja sampai lewat malam...
tak jugak kaya2 walaupun dah penat kerja hingga lewat malam...
berapa lama lagik perlu berpenat lelah macam ni?
kaki yang bengkak ini cukup merisaukan...
ari ini ditambah lagi jari jugak membengkak...
adakah berpenat lelah macam ni berbaloi?
tak nak kerja dari 9 - 6 sampai umur 55 tahun...
apa yang bakal menunggu di hadapan?
... ...

- dari yang masih berusaha...

07 July, 2008

16 signs you love someone...














haha....sejak bila pulak dah pandai-pandai nak bagi tips petanda anda jatuh cinta?
just some sharing dari friendster..... mungkin berkesan untuk anda mengesan sama anda telah jatuh cinta ke tak....
just try this:

17) You look at their profile constantly.
('profile' di sini maksud dia ialah profile dalam friendster, facebook, my space....)
16) When you're on the phone with them late at night and they hang up,
you still miss them even when it was just two minutes ago.
15) You read their texts and sms over and over again.
14) You walk really slow when you're with them.
13) You feel shy whenever they're around.
11) When you think about them, your heart beats faster but slower at the same time.
10) You smile when you hear their voice.
9) When you look at them, you can't see the other people around you, you just see him/her.
8) You start listening to slow songs while thinking about them.
7) They're all you think about.
6) You get high just from their scent.
5) You realize you're always smiling when you're looking at them.
4) You would do anything for them!
3) While reading this, there was one person on your mind this whole time.
2) You were so busy thinking about that person, you didn't notice number twelve was missing.
1)You just scrolled up to check & are now silently laughing at yourself.

ha...macam mana?
ni mesti tengah tersenyum-senyum sendiri.... ...
kalau anda tengah tersenyum diri seorang sekarang... ... taniah !
you are falling in love with some one !

26 June, 2008

someone special....ahaks..........


baca jek tajuk ni mesti korang fikir yang bukan-bukan kan?

haha....

adakah betol i have someone special? hehe...biarlah ia jadi rahsia... ...

tapi apa yang saya nak merepek kat sini ialah... ... bagaimana awak rasa seseorang tu boleh jadi yang special itu?

apa situasi yang menyebabkan awak rasa dia special untuk awak? herm... ...

adakah wajah dia akan sentiasa wujud dalam minda anda? terasa rindu yang amat bila tak jumpe sehari(seksanye... ...) ... ...bila dah jumpe tak tau nak cakap apa pulak... ... (lagik seksa !)

terasa cemburu kalau dia keluar ngan kawan dia yang lain... ...

aish... ... apa yang aku merepek ni... ... dah, dah... melebih... ... buat kerja !

realitinye... banyak kerja yang menimbun dan jadikan setiap kerja yang diberi tu special untuk awak... ...

hahaha... ... bilalah yang special itu wujud dalam hidup saya? ahaks... ...

16 June, 2008

Friends... cup cake...



Friends...
Thank you for your present in my life...

Happy Friendship Day !

from,
your friend













cup cake by siti nur hawa.

10 April, 2008

Letih...


Dah sebulan tak buat posting kat blog ni... sibuk dengan pelbagai aktiviti dalam bulan ni... lepas balik kerja kena pulak buat brooch batik, buat paper work untuk penajaan , kena siapkan photo shooting, kerja-kerja grafik lagik, permohonan penajaan yang tidak berjaya,tawaran untuk kerja baru, kekurangan duit, banyak cabaran dan dugaan ... pengsan...


Mohon doa agar semua berjalan lancar seperti yang dirancang... dan berilah petunjuk untuk aku memilih jalan yang betul untuk masa depan aku ...




28 February, 2008

Pangkor...







Bunyi ombak laut... ...
Angin sepoi-sepoi... ...
Air laut membiru... ...
Tawa riang kanak-kanak berkejaran di tepi pantai... ...
Hari yang tak perlu fikir tentang kerja... ...
Hari yang dipenuhi kenangan manis... ...
Hari yang tidak mempunyai konsep masa, lewat, tak siap kerja,... ...
Itulah hidup saya selama empat hari tiga malam di Pangkor.
*************************************************************

Tapi perjalanan dari Seremban ke Lumut cukup menyeksakan.Perjalanan mengambil masa lapan jam dengan bas. (&#*f**k#%$%$!*... ...sepatutnye lima jam perjalanan... ...)




13 February, 2008

Dubai...


Atas urusan kerja terpaksa terbang ke Dubai ketika sambutan perayaan tahun baru Cina.Berlepas dari KLIA pukul 12.30 pagi. Tiba di Dubai Pukul 5 pagi. Suhu di sana hanya 12 darjah celcius! 'Check in' hotel dan berehat seketika sebelum bertolak ke Abu Dhabi. Perjalanan dengan taxi dari hotel ke Abu Dhabi mengambil masa selama 2 jam. Sehari suntuk telah dihabiskan di situ dengan berjumpa pelanggan, lawatan ke tapak industri, dan makan malam bersama pelanggan. Acara yang sama telah berlangsung untuk tiga hari yang seterusnya...

Sehari sebelum pulang ke tanah air, saya telah menyertai 'Safari trip'. Dalam trip tu, saya sempat melihat ternakan unta di padang pasir, menjelajahi padang pasir dalam kenderaan pacuan empat roda, merasa makanan tempatan dan persembahan tarian traditional. Selepas 'safari trip', saya terus bergegas untuk berjumpa dengan Kak Chik! Kak Chik masih maintain kecantikan dia, walaupun telah bertemankan suami. "Kak Chik kirim salam kat semua!" Malam yang penuh diisi dengan perbualan tentang perkerjaan, situasi setiap ahli kumpats, kenangan zaman studio dan... ... Hari terakhir di Dubai berlalu dengan cepat. Keesokan pagi, kapal terbang untuk pulang ke Kuala Lumpur berlepas pukul 10 pagi.


***********************************************************


"Tuan-tuan dan puan-puan,
Sebentar lagi, penumpang di sebelah kiri akan dapat lihat bangunan berkembar Petronas, kita akan melalui bandar Port Dickson dan membuat pusingan 45 darjah dan mendarat di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dalam masa 30 minit lagi.
Terima Kasih kerana sudi terbang bersama Emirates Airlines.
Kepada semua rakyat Malaysia, selamat pulang ke tanah air.
Suhu di destinasi adalah 28 darjah celcius.
Waktu tempatan adalah 9 malam... ..."

Setelah terperap dalam kapal terbang selama 7 jam, akhirnya sampai kat Malaysia !
Bersyukur kerana selamat balik ke Malaysia.Walaupun hanya berada di Dubai selama seminggu tetapi rindu kepada rakan-rakan, kumpats, cuaca, makanan, keluarga begitu menebal.Tak sabar berjumpa dengan keluarga dan saudara mara yang pulang untuk menyambut tahun baru Cina dan juga masakan mak yang disediakan khas menunggu kepulangan saya.


Malaysia tetap indah... ...


01 February, 2008

Gong Xi...Gong Xi...


2hb Feb, pukul 12.30malam, saya akan terbang ke Dubai atas urusan kerja...

Tahun ini saya tidak dapat menyambut Tahun Baru Cina bersama keluarga tersayang. Ini adalah pertama kali tidak beraya di sisi keluarga.
Terlalu sibuk dengan pemindahan rumah, pembuatan aksesori batik dan sibuk dengan kerja di pejabat.(mum, sorry for not helping you to do the preparation for Chinese New Year) Kalau dapat pergi ber'shopping' untuk Tahun Baru Cina kan bagus...beli baju baru untuk keluarga, beli bunga tahun baru Cina, Chinese New Year Eve dinner (rindu kat masakan mak), sembahyang di tokong, melawat ke rumah saudara, yang penting 'ang paw'! haha...
Apa-apa pun...Gong Xi...Gong Xi...Selamat Tahun Baru Cina dan Selamat bercuti untuk semua...

03 January, 2008

Tahun baru...harapan baru... ...


Welcome 2008 !
Terlalu banyak plan yang tak sempat nak laksanakan untuk tahun2007...
Perancangan untuk 2008 pun tak sempat buat, tahun 2008 telah menjelang tiba.
Kenapa dalam sejam bukan ada 80 minit?
Kenapa dalam seminggu tu bukan ada lapan hari?
Kenapa dalam setahun bukan ada 18 bulan?
Realiti sejam hanya ada 60 minit, seminggu=7 hari, dan setahun hanya 12 bulan....
Terlalu banyak perkara yang berlaku tahun 2007, yang gembira, yang duka, ....
Banyak lagi yang bakal berlaku tahun 2008....
Nantikan dengan penuh harapan....

Ideal Design House, photo showcase, artwork showcase...

Apa pun Dia yang tentukan semua...
Lets work it out ! 2008 here we are !