13 February, 2008

Dubai...


Atas urusan kerja terpaksa terbang ke Dubai ketika sambutan perayaan tahun baru Cina.Berlepas dari KLIA pukul 12.30 pagi. Tiba di Dubai Pukul 5 pagi. Suhu di sana hanya 12 darjah celcius! 'Check in' hotel dan berehat seketika sebelum bertolak ke Abu Dhabi. Perjalanan dengan taxi dari hotel ke Abu Dhabi mengambil masa selama 2 jam. Sehari suntuk telah dihabiskan di situ dengan berjumpa pelanggan, lawatan ke tapak industri, dan makan malam bersama pelanggan. Acara yang sama telah berlangsung untuk tiga hari yang seterusnya...

Sehari sebelum pulang ke tanah air, saya telah menyertai 'Safari trip'. Dalam trip tu, saya sempat melihat ternakan unta di padang pasir, menjelajahi padang pasir dalam kenderaan pacuan empat roda, merasa makanan tempatan dan persembahan tarian traditional. Selepas 'safari trip', saya terus bergegas untuk berjumpa dengan Kak Chik! Kak Chik masih maintain kecantikan dia, walaupun telah bertemankan suami. "Kak Chik kirim salam kat semua!" Malam yang penuh diisi dengan perbualan tentang perkerjaan, situasi setiap ahli kumpats, kenangan zaman studio dan... ... Hari terakhir di Dubai berlalu dengan cepat. Keesokan pagi, kapal terbang untuk pulang ke Kuala Lumpur berlepas pukul 10 pagi.


***********************************************************


"Tuan-tuan dan puan-puan,
Sebentar lagi, penumpang di sebelah kiri akan dapat lihat bangunan berkembar Petronas, kita akan melalui bandar Port Dickson dan membuat pusingan 45 darjah dan mendarat di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dalam masa 30 minit lagi.
Terima Kasih kerana sudi terbang bersama Emirates Airlines.
Kepada semua rakyat Malaysia, selamat pulang ke tanah air.
Suhu di destinasi adalah 28 darjah celcius.
Waktu tempatan adalah 9 malam... ..."

Setelah terperap dalam kapal terbang selama 7 jam, akhirnya sampai kat Malaysia !
Bersyukur kerana selamat balik ke Malaysia.Walaupun hanya berada di Dubai selama seminggu tetapi rindu kepada rakan-rakan, kumpats, cuaca, makanan, keluarga begitu menebal.Tak sabar berjumpa dengan keluarga dan saudara mara yang pulang untuk menyambut tahun baru Cina dan juga masakan mak yang disediakan khas menunggu kepulangan saya.


Malaysia tetap indah... ...


No comments: